Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Juara WHLR2 hadiah kahwin paling bermakna buat Faiz

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal (kiri)
PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal (kiri) memberikan ucapan tahniah kepada skuad kebangsaan sebaik mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menjuarai Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua di Dhaka, Bangladesh. Gambar Azrul Edham Mohd Aminuddin

[email protected]

SEPANG 13 Mac.- Pemain pertahanan skuad hoki negara, Faiz Helmi Jali anggap kejayaannya membantu Malaysia meraih kejuaraan Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua (WHLR2), semalam sebagai hadiah perkahwinan paling istimewa dalam hidupnya.

Faiz menjadi wira apabila pukulannya ketika aksi penalti shoot out membolehkan Malaysia menewaskan China 5-3 selepas terikat 2-2 dalam aksi 60 minit perlawanan akhir di Stadium Hoki Maulana Bhasari, Dhaka, Bangladesh, semalam.

“Saya tujukan kejayaan menjuarai WHLR2 kepada isteri sebagai hadiah perkahwinan kami sebab dia memberi pelepasan untuk mewakili negara sebaik majlis perkahwinan kami selesai.

“Malah, saya juga berjanji kepada dia untuk pulang dengan kejuaraan dan ini hadiah bermakna bagi isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.

“Kejayaan ini juga hadiah untuk penyokong hoki negara yang memberikan sokongan padu kepada pasukan sepanjang tahun ini,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Faiz, 25 tahun, mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Nur Amirah Abu Samah, pada 4 Mac lalu dan terpaksa memendekkan percutian bagi menyertai rakan sepasukan di Dhaka sehari kemudian.

Sungguhpun hanya menyertai pasukan pada aksi terakhir kumpulan ketika menewaskan Fiji 11-1, Faiz tidak menunjukkan tanda kekok dan memainkan peranan dengan baik di bahagian pertahanan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain