Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi sebenar di Stadium Tun Razak, Jalan Duta.

Malaysia kini akan mengulangi pertemuan dengan Ireland dalam perlawanan akhir esok selepas pasukan Eropah itu mara dengan menumpaskan Wales 2-0 pada satu lagi saingan separuh akhir.

Pasukan negara sebelum ini tewas 1-2 kepada Ireland di peringkat kumpulan. Apa pun keputusan pertemuan akhir esok, kejayaan mara ke final sudah mengesahkan tiket Malaysia ke Separuh AKhir Liga Hoki Wanita, Jun ini sekali gus mencerahkan peluang layak ke Piala Dunia 2018 di London. - UTUSAN ONLINE