Ini kerana, jelasnya, skuad kebangsaan yang dibimbing Muhammad Dharma Raj Abdullah kini berada dalam prestasi terbaik selepas mengikuti program latihan yang sangat mantap sejak setahun lalu.

“Saya tak jamin (menang emas), sebab dalam sukan macam-macam boleh berlaku. Namun bagi saya, peluang untuk mempertahankannya adalah tinggi.

“Jadi yang penting, setiap pemain jaga pergerakan mereka agar selamat. Jangan tercedera. Kena pastikan mereka melakukan apa yang wajar dibuat. Lakukan sesi pemanas badan.

“Seterusnya, jaga pemakanan, kerana sekarang kita dengar macam-macam cerita. Nasihat saya, kawal pemakanan dan ikut saranan MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan skuad hoki wanita kebangsaan di Bukit Jalil, di sini hari ini.

Skuad negara bakal mengharungi siri jelajah Eropah di Belgium, Jerman dan Belanda bulan depan sebagai persiapan menghadapi saingan separuh akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL), Jun dan Julai ini.