Gol Malaysia dalam perlawanan tersebut dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-20 dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-28.

Sementara gol Argentina diperoleh menerusi Diego Paz pada minit ke-32.

Selepas ini Malaysia dijadual menentang India pada esok pukul 8.30 malam di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. - UTUSAN ONLINE

Keputusan Piala Sultan Azlan Shah 2018 (Hari ini)

England 4 Ireland 1

India 2 Australia 4

Malaysia 2 Argentina 1