Kekalahan tersebut menyebabkan Malaysia terlepas peluang mara ke saingan akhir dan kini hanya mampu beraksi untuk penentuan tempat ketiga, esok menentang Argentina.

Dalam perlawanan tersebut tujuh gol England dijaringkan oleh Mark Gleghorne pada minit ke-10, Ollie Willars pada minit ke-11, Barry Middleton pada minit ke-15 dan minit ke-31.

Baki tiga lagi gol England diperoleh menerusi Sam Ward pada minit ke-38 dan ke-41 serta Gleghorne pada minit ke-48.

Sementara dua gol skuad kebangsaan dijaringkan oleh kapten pasukan, Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-50 dan Muhammad Marhan Abdul Jalil pada minit ke-52. - UTUSAN ONLINE