Dia yang baru kembali bersama skuad kebangsaan selepas berehat panjang akibat kecede­raan percaya, aura tersebut ha­dir atas keinginan tinggi untuk mencipta kecemerlangan pada kejohanan itu.

“Sasaran cukup tinggi dan tekanan memang ada namun itu cabaran untuk kami, malah pa­sukan juga pernah menghadapi situasi sama pada Separuh ­Akhir Liga Hoki Dunia di London sebelum ini.

“Ketika itu pemain juga tertekan tetapi kami mengharungi cabaran sebagai satu pasukan dan akhirnya layak ke Piala Dunia.

“Saya percaya kami mampu hadapi tekanan dengan baik sekali gus mencapai sasaran,” kata Sukri.

Dalam masa sama kapten Malaysian Tigers itu juga mahu rakan sepasukan tidak memandang mudah cabaran Brazil dalam aksi pertama, Jumaat ini.

“Sekarang bukan lagi proses untuk belajar, sebaliknya mereka kena membuktikan keupayaan di atas padang dan capai sasaran.

“Saya fikir, dalam apa cara sekali pun kita perlu memena­ngi perlawanan pertama untuk me­ningkatkan keyakinan,” kata nya.

Selain Brazil, Malaysia dile­tak dalam kumpulan B bersama Itali dan China, manakala Kanada, Austria, Wales serta Belarus membarisi Kumpulan A. - UTUSAN ONLINE