BRIAN FERNANDEZ
BRIAN FERNANDEZ

Enam pasukan tersebut ialah penyandang juara liga iaitu Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolt, Maybank dan Pasukan Hoki Terengganu (THT).

Empat pasukan yang menarik diri daripada aksi Liga Perdana MHL musim depan ialah Nur Insafi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolt dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pengurus Pertandingan MHL, Brian Fernandez berkata, biarpun hanya enam pasukan yang beraksi dalam saingan utama MHL namun dia tetap optimis semua perlawanan pasti berlangsung penuh kompetitif.

“Saya dimaklumkan sebelum ini kebanyakan pasukan menarik diri atas pelbagai faktor termasuk masalah kewangan.

“Enam pasukan sudah mencukupi bagi menjadikan saingan musim depan menarik dan saya percaya pasukan seperti THT serta KLHC pasti kekal menjadi tumpuan seperti sebelum ini.

“Dalam masa sama pasukan lain juga tidak kurang hebat kerana ada antara mereka bakal mendapatkan beberapa pemain import yang digeruni,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Saingan MHL 2018 akan bermula dengan perebutan gelaran Piala Tan Sri P. Alagendra pada 3 hingga 7 Januari depan sebelum aksi Piala Sumbangsih pada 10 Januari.

Dalam pada itu, Brian turut memberitahu tarikh akhir pendaftaran pemain adalah pada 17 Disember 2017.

“Setakat ini belum ada pasukan yang memaklumkan senarai penuh pemain mereka kerana kebanyakan pasukan sedang berusaha mendapatkan pemain import.

“Dalam minggu depan juga kita akan tahu tarikh muktamad saingan MHL 2018 dan setakat ini tarikh awal yang kita cadangkan ialah 3 Januari 2018 hingga 10 Februari,” kata Brian.