Ini juga adalah kemenangan kali kedua Great Britain selepas kali terakhir meraihnya pada 1994.

Dalam perlawanan tersebut empat gol Great Britain dijaringkan oleh Alan Forsyth sewaktu minit kelapan, David Goodfield minit ke-11 serta minit ke-43 dan Ollie Willars minit ke-33.

Sementara tiga gol Australia diperoleh menerusi Eddie Ockenden minit ke-28, Joshua Pollard minit ke-34 dan Dylan Wotherspoon minit ke-48.

Berikut merupakan keputusan pasukan lain dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah 2017: - UTUSAN ONLINE

Perlawanan akhir: Great Britain 4 Australia 3

Tempat 3/4: India 4 New Zealand 0

Tempat 5/6: Malaysia 3 Jepun 1