Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Great Britain juara, Malaysia sekadar tempat kelima

Pemain Malaysia, Meor Muhamad Azuan terjatuh ketika diasak oleh pemain Jepun, Genki Mitani dalam kej
Pemain Malaysia, Meor Muhamad Azuan terjatuh ketika diasak oleh pemain Jepun, Genki Mitani dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam. – Mingguan/SYEFRY MONIZ

IPOH 6 Mei – Great Britain menamatkan penantian 23 tahun tanpa gelaran Piala Sultan Azlan Shah selepas mengungguli saingan akhir hari ini manakala Malaysia Tigers mengulangi pencapaian 14 tahun lalu apabila menamatkan kempen di tempat kelima.

Great Britain meraih kemenangan 4-3 di Stadium Azlan Shah ketika menentang Australia dan Malaysia pula berjaya mengelak daripada menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2017 di kedudukan tercorot selepas menewaskan Jepun 3-1 dalam aksi klasifikasi 5/6.

Piala kemenangan disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kepada pasukan hoki Great Britain yang kali terakhir dinobat sebagai juara pada 1994.

Dalam pada itu, Ketua jurulatih skuad kebangsaan,Stephen Van Huizen berkata, biarpun kecewa gagal menamatkan kempen tahun ini dengan keputusan lebih baik berbanding tempat keempat tahun lalu namun dia tetap gembira dengan peningkatan prestasi dipamerkan oleh pasukan Malaysia.

“Selepas ini kami mahu terus fokus bagi menghadapi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, bulan depan.

“Bagi saya secara keseluruhannya tiada apa yang perlu dibimbangkan terhadap prestasi semasa pasukan kerana saya berpendapat kami telah meningkat naik sejak perlawanan awal lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan di sini, hari ini.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia Tigers tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan awal menerusi pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan dengan baik oleh Muhammad Haziq Shamsul sewaktu minit kelapan.

Skuad kebangsaan terus menambah tekanan ke atas Jepun apabila berjaya meledak gol kedua hasil jaringan padang daripada penyerang Firhan Ashari sewaktu minit ke-11.

Gol tunggal Jepun diperoleh menerusi jaringan padang daripada Kaito Tanaka sewaktu minit ke-28 sebelum Faizal Saari menjadikan kedudukan 3-1 hasil pukulan sudut penalti minit ke-34.

Sementara itu dalam aksi perebutan tempat ketiga menyaksikan India meraih kemenangan 4-0 menewaskan New Zealand.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain