Seandainya MHC memberi kebenaran kepadanya, Fitri akan menjadi pemain keempat dari Malaysia yang beraksi dalam Liga Oman selepas Faizal, Hafiz Zainol dan Kavin Kartik.

Faizal, Hafiz dan Kavin kini mewakili pasukan Sohar Hockey Club malah mereka juga sudah berada di Oman.

Fitri mendapat tawaran beberapa kelab Liga Oman termasuk Sohar Hockey Club namun lebih berminat menyertai Al Seed.

Kata Fitri, dia percaya MHC akan membenarkannya beraksi bersama kelab Al Seed dan dijangka memperoleh kata putus daripada badan induk hoki negara pada esok.

“Saya rasa tak timbul sebarang masalah untuk MHC melepaskan saya untuk bermain di Oman.

“Sekarang saya hanya menunggu surat pelepasan daripada MHC sahaja,” kata Fitri. 
MHC telah menetapkan syarat bahawa semua pemain tempatan yang mahu beraksi di luar negara perlu mendapatkan sijil tiada bantahan kerana ia bergantung kepada jadual skuad kebangsaan.