FAIZAL Saari memuat naik gambar dia selepas aksi menentang Pakistan di laman sosial miliknya.

Itu pengorbanan buat penyerang sensasi skuad hoki kebangsaan, Faizal Saari yang kehilangan empat gigi ketika aksi menentang Pakistan dalam saingan Super 4, Piala Asia di Dhaka Bangladesh, semalam.

Dalam perlawanan tersebut Faizal disiku pemain lawan di mulut hingga menyebabkan pendarahan sebelum dibawa keluar padang selama 10 minit bagi mendapatkan rawatan.

“4 batang gone (hilang) sebab apa, sebab kami main bukan untuk duit...sweet memory.

“Sedap juga makan siku,” kata Faizal dalam laman sosial tengah malam tadi.

Sewaktu aksi tersebut Malaysia meraih kemenangan 3-2 ke atas Pakistan dan hari ini dijadual menentang India. - UTUSAN ONLINE