Bekas pemain Belanda itu berkata sesiapa pun boleh cuba mengawalnya tetapi belum tentu berjaya.

“Saya memang suka kalau ada lawan yang mahu meletakkan kawalan berganda ke atas saya. Saya sudah biasa dengan keadaan itu sepanjang karier hoki saya.

“Mereka boleh cuba dan kita akan tengok bagaimana,” katanya selepas Sesi UniKL Bertemu Media di Stadium Hoki Tengku Abdullah di sini hari ini.

Hertberger menambah, taktik mengekangnya semata-mata juga hanya membolehkan pemain lain dalam skuad A. Arul Selvaraj bergerak bebas dalam memburu gol.

“UniKL berhak meraih piala ini. KLHC masih sebuah pasukan yang bagus, mereka ada gabungan pemain Malaysia, Korea Selatan, Australia dan England tetapi itu bukan masalah besar,” katanya.

Hertberger juga tidak terlalu mengambil berat mengenai kemampuannya untuk bergelar penjaring terbanyak MHL walaupun tidak bererti dia tidak berbangga dengan pencapaiannya setakat ini.

“Saya juga ada tanggungjawab terhadap pasukan dan sifat semula jadi saya ialah saya benci kalah dan fanatik kemenangan walau sebesar mana pun pertandingannya,” tegasnya.

Sementara itu Arul berkata, statistik atau rekod lalu termasuk ketika menentang KLHC dalam saingan liga tidak banyak membawa makna kerana perlawanan akhir bakal membawa situasi yang jauh berbeza.

“Saya suka kami tampil sebagai bukan pilihan, biarkan pemain jalankan tugas mereka di padang seperti ketika menampilkan persembahan terbaik untuk menewaskan THT (Pasukan Hoki Terengganu) dalam separuh akhir.

“KLHC sudah biasa bermain dalam perlawanan akhir, sementara kami membuat penampilan sulung,” katanya.

yang lebih berminat untuk menghabiskan permainan dalam tempoh 60 minit tanpa perlu terheret ke penalti penentuan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan ganjaran khas sekiranya pasukan berjaya menjulang Piala TNB buat kali pertama sejak kelab itu ditubuhkan pada 2009.