Kemenangan itu membolehkan mereka menjarakkan kedudukan kepada empat mata di depan pencabar TNB (21 mata) manakala Pasukan Hoki Terengganu (THT) kekal di kedudukan ketiga (16 mata) diikuti Maybank (15 mata), TNB Thunderbolts (empat mata), Nur Insafi (empat mata) dan Universiti Teknologi Mara (tiga mata).

“Ia adalah persembahan hebat daripada pemain untuk memenangi perlawanan semalam tetapi ia tiada apapun yang berubah kerana kami masih berbaki tiga aksi.

“Saya percaya peluang semakin hampir untuk kami memenangi gelaran.

“Menentang TNB kami beraksi dengan lebih baik di babak kedua dengan pemain meningkatkan rentak permainan untuk mendapatkan gol.

“Kami mempunyai pemain yang tahu bagaimana untuk memenangi perlawanan dan saya fikir ia amat membantu. Razie (Abd Rahim) menemui semula sentuhan jaringan menerusi pukulan sudut penalti dan pujian wajar diberikan kepadanya.

“Sebenarnya saya mempersiapkan pasukan hanya untuk memenangi perlawanan dan saya tidak mahu pemain melupakan tanggungjawab mereka dan keluar beraksi dengan sebaik mungkin,” kata Arul. - UTUSAN ONLINE