Biarpun Malaysia Tigress telah meraih slot ke kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, Jun ini yang akan menjadi medan kelayakan ke Piala Dunia 2018 di London, namun sokongan penyokong masih diperlukan ketika menentang Ireland.



Malah, jumlah kehadiran penyokong yang meningkat pada aksi separuh akhir menentang Itali malam tadi turut menjadi penyumbang kemenangan Malaysia.

Hari ini, Malaysia akan memulakan aksi perlawanan akhir pada pukul 8.30 malam.


Sementara itu, Ketua Jurulatih Malaysia, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, kemenangan ini sesuatu yang berbaloi buat skuad wanita negara.



“Pemain telah bekerja keras sebelum ini dan hari ini mereka meraih kemenangan sekali gus membuktikan keupayaan mereka.



“Esok (malam ini) menentang Ireland kita akan bermain tanpa tekanan kerana telah meraih apa yang kami inginkan iaitu beraksi pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia pada Jun ini,” kata Muhammad Dhaarma. - UTUSAN ONLINE


AKHIR (MALAM INI)
MALAYSIA
lwn IRELAND

(Di Stadium Tun Razak, Jalan Duta 8.30 malam)