Skuad Hockeyroos, yang menghuni tangga keempat dunia meraih dua jaringan daripada Maddy Fitzpatrick pada minit keempat dan ke-44, sebelum Georgina Morgan melengkapkan kemenangan (minit ke-59), dengan kesemua gol dijaringkan menerusi pukulan sudut penalti.

Skuad Malaysian Tigress yang berada dalam saingan Kumpulan B, bakal berdepan pasukan di ranking ke-10 dunia Sepanyol esok (Jumaat pukul 12 tgh malam waktu Malaysia). - UTUSAN ONLINE