Bermain di laman sendiri, Konta yang menduduki carta pemain kelapan dunia tampak bakal menjuarai kejohanan itu selepas mengharungi semua peringkat tanpa tewas dalam sebarang set.

Dalam perlawanan itu, Konta menang 6-2 dalam set pertama namun kebangkitan Vekic selepas itu terus membuatkan pemain berusia 26 tahun tersebut buntu.

Vekic yang pernah menjuarai Terbuka Aegon sebelum ini bangkit memenangi set seterusnya 7-6 (7-3) 7-5 untuk mengesahkan trofi itu buat kali kedua.

“Saya sangat gembira kerana dapat bermain lima perlawanan yang hebat di atas rumput. Menuju ke Wimbledon, saya mahu bermain sebanyak mana yang boleh.

“Saya hanya mencuba untuk memberi tumpuan kepada diri saya sendiri, saya juga boleh menjadi agresif. Wimbledon adalah kejohanan kegemaran saya tahun ini, saya benar-benar gembira saya boleh pergi ke sana dengan memenangi beberapa perlawanan,” katanya.

Dalam laluannya ke final, Vekic telah menewaskan pemain pilihan kelima dan keenam, Shelby Rogers dan Lucie Safarova.

Kemampuannya pemain ranking 70 dunia itu, menumbangkan Konta jelas membuka mata semua pihak. – AGENSI