Jumlah itu bagaimanapun menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin masih belum muktamad dan akan disahkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Katanya, jumlah peserta melebihi tujuh juta itu tidak termasuk penglibatan murid serta pelajar sekolah menerusi program dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan penganjuran kali kedua ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Kejohanan Badminton Asics 2016 di Sunway Pyramid dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE