Nur Dhabitah-Jun Hoong menutup saingan dengan mengumpul 293.40 mata selepas lima terjunan.

Pingat emas milik juara bertahan, China menerusi pasangan Shi Tingmao-Wu Minxia dengan 345.60 mata.

Gandingan Itali, Tania Gagnotto-Francesca Dallape' dengan 313.33 mata meraih pingat perak.

Terjunan terakhir yang cemerlang membolehkan pasangan Australia, Maddison Keeney-Anabelle Smith membawa pulang gangsa menerusi 299.19 mata. - UTUSAN ONLINE