Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hanya 0.3 mata jadi pemisah

renang berirama
Perenang berirama Malaysia, Lee Yhing Huey (kiri) bersama pingat perak yang dimenanginya dalam acara solo bebas renang berirama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan Bukit Jalil di sini hari ini. Turut kelihatan ialah pemenang pingat emas, Debbie Soh Li Fei (tengah) dan pememang pingat gangsa, Miya Yong Hsing (kanan) dari Singapura. - UTUSAN ONLINE/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Hanya 0.3 mata memisahkan perenang berirama Malaysia, Lee Yhing Huey untuk merangkul pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dalam acara solo bebas apabila terpaksa akur dengan kehebatan perenang dari Singapura, Debbie Soh Li Fei yang berjaya mengumpul mata keseluruhan sebanyak 75.000 mata.

Mata
Hanya 0.3 menjadi pemisah antara pemenang pingat emas, Debbie Soh Li Fei dari Singapura dan perenang Malaysia Lee Yhing Huey bagi pingat perak. - UTUSAN ONLINE/ROZAIDI ZULKIFLI

Lebih dikenali sebagai Zylane Lee, dia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila mengumpul mata keseluruhan sebanyak 74.700 manakala pingat gangsa menjadi milik seorang lagi perenang Singapura, Miya Yong Hsing dengan (73.0333). - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain