Pilihan ketiga kejohanan itu menewaskan pemain No. 2 dunia, Karolina Pliskova 6-4, 3-6, 6-3 di peringkat separuh akhir di mana Halep bakal bertemu pemain bukan pilihan, Jelena Ostapenko di final.

Halep diramalkan tersingkir lebih awal di Roland Garros selepas pemain dari Romania itu koyak di bahagian ligamen buku lali kanannya ketika tewas kepada Elina Svitolina di final Terbuka Itali.

“Saya sangat takut kerana mereka memberitahu saya ia sudah patah. Saya tidak tahu apa maksudnya. Namun saya enggan menerima kenyataan yang saya tidak boleh bermain jadi saya mahu pulih mental saya dengan segera dengan memikirkan perkara positif.

“Saya mahu berada di sini (Terbuka Perancis) jadi saya tidak kisah apa imej imbasan yang ditunjukkan,” kata Halep.

Halep muncul naib juara di Roland Garros pada 2014 setelah tumpas kepada Maria Sharapova sekali gus ini menjadi peluang keemasan untuk menjuara Terbuka Perancis. - AGENSI