Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hafiz mohon maaf

Hakimi pertahan emas lompat kijang

Kuala Lumpur 23 Ogos 2017 : Atlet Malaysia, Husniah Zulkifli  2
Zaidatul Husniah Zulkifli berpuas hati apabila meraih perak dalam acara 200m wanita.

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kecederaan pada bahagian kaki kanan menyekat hasrat Khairul Hafiz Jantan menguasai acara 200 meter apabila dia sekadar menamatkan larian tempat keempat Sukan SEA Ke-29 manakala Zaidatul Husniah Zulkifli meraih pingat perak dalam saingan wanita.

Pingat emas 200m menjadi milik wakil dari Filipina, T. Anthony Beram yang mencatat masa 20.84s menewaskan pemenang pingat perak, Jirapong Meenapra dari Thailand (21.22s) manakala seorang lagi atlet negara G. Arravin Thevar menghadiahkan pingat gangsa (21.26s).

Khairul Hafiz yang menamatkan larian di tempat keempat dengan catatan 21.28s itu berkata, rezeki tidak memihak kepadanya meraih pingat emas 200m namun akan berusaha dalam aksi temasya akan datang.

“Maafkan saya, rezeki saya hari ini hanya meraih tempat keempat namun tidak akan melemahkan semangat saya.

“Kecederaan dalam sukan adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan namun tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan,” katanya.

Dalam saingan 200m wanita, ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli sekadar menamatkan saingan dengan pingat perak dengan catatan 23.64 saat sekali gus menamatkan kemarau 20 tahun negara tanpa pingat acara tersebut.

Pingat emas milik Le Tu Chinh dari Vietnam dengan catatan 23.32s manakala atlet P. Veronica Shanti dari Singapura sekadar gangsa dengan catatan 23.68s.

Rekod kebangsaan 200m wanita ketika ini masih kekal milik G. Shanti dengan catatan 23.37s dilakukan dalam Kejohanan Asia 1998.
Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas 200m wanita ialah pada Sukan SEA pada 1997 di Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, dalam saingan lompat kijang lelaki menyaksikan Muhammad Hakimi Ismail menepati ramalan mempertahan kejuaraan apabila meraih emas dalam saingan akhir acara tersebut.

Muhammad Hakimi mencatat jarak lompatan sejauh 16.77m sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan dan temasya kali ini.

Rekod kebangsaan dan temasya sebelum ini adalah 16.76m yang dilakukannya pada Sukan SEA 2015.
Muhammad Hakimi berkata, dia bersyukur kerana berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dan temasya kali ini.

“Ini juga petanda bahawa prestasi saya sudah berada di tahap yang amat baik kerana sebelum ini tidak konsisten.

“Dalam masa sama saya berharap prestasi ini akan terus meningkat dan meraih lebih banyak kecemerlangan,” katanya.

Pingat perak milik Mark Harry Diones dari Filipina dengan catatan 16.63m manakala Pratchaya Tepparak dari Thailand meraih gangsa dengan catatan 16.37m.

Ini juga adalah pingat emas kelima buat kem olahraga dalam kempen Sukan SEA Ke-29.
Keputusan lain dalam saingan 800m lelaki akhir menyaksikan wakil negara, V. Royson meraih gangsa manakala pingat emas milik atlet dari Vietnam, Duong Van Thai dan perak milik milik Marco Vilog dari Filipina.

Hakimi memperbaharui rekod kebangsaan dan temasya dalam acara lompat kijang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain