Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hafiz fokus kepada pemulihan

KHAIRUL HAFIZ JANTAN (kiri) dan jaguh menembak Jonathan Wong (kanan)
KHAIRUL HAFIZ JANTAN (kiri) dan jaguh menembak Jonathan Wong (kanan) menunjukkan sijil penghargaan yang diterima daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dalam majlis di Ayer Keroh, Melaka semalam.

MELAKA 11 Sept. – Jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan akan memberi tumpuan terhadap proses pemulihan dan rawatan kecede­raan otot paha kanannya dan dijangka kembali memulakan latihan dalam tempoh dua minggu lagi.

Dia mengalami kecederaan itu selepas menjuarai acara 100m Sukan SEA 2017 bulan lalu tetapi kini hampir pulih sepenuhnya.

“Alhamdulillah kecederaan itu semakin pulih dan saya akan me­lakukan pemeriksaan pada 18 September depan untuk mengetahui tahap kecederaan saya.

“Selepas pulih nanti saya akan kembali ke padang dan fokus kepada melayakkan diri ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia dan Sukan Asia di Jakarta, Indonesia,” katanya.

Sebelum itu, pemegang rekod 100m kebangsaan itu adalah antara 38 atlet dari Melaka yang menerima insentif berjumlah RM269,000 daripada kerajaan negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Insentif itu diberikan sebagai mengiktiraf kejayaan mereka memenangi pingat dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bulan lalu.

Khairul Hafiz menerima imbuhan berjumlah RM15,500, yang turut termasuk insentif khas RM5,000 untuk kejayaan memecah rekod 200 meter kebangsaan dalam kejohanan olahraga Pra Sukan SEA Julai lalu.

“Saya bersyukur dengan imbuhan yang diterima hari ini selain itu saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan sehingga berjaya mendapat pingat emas,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain