Atlet Olimpik negara, Hafifi, 26, digantung sementara oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) kerana gagal ujian doping selepas sampel urin yang dikembalikannya setelah menyertai satu kejohanan di Australia, Mac lalu mengandungi Oxymetholone, bahan steroid sintetik anabolik dan androgenik.

“Saya tidak boleh mengulas lebih banyak mengenai kes yang sedang berjalan ini...perkara ini adalah antara IWF dan PABM (Persatuan Angkat Berat Malaysia). Dia (Hafifi) boleh pergi (ke Sydney) seorang diri atau ditemani sesiapa sahaja pilihannya, kemungkinan wakil dari PABM.

“Sekiranya dia tidak pergi, sampel botol B akan tetap dibuka dan diuji dengan sewajarnya pada masa yang ditetapkan,” kata Dr. Ramlan kepada Bernama.

Dr. Ramlan menyifatkan insiden tersebut sabagai amat mengecewakan kerana pihaknya sentiasa berpegang kepada dasar toleransi sifar mengenai isu doping.

Sudah pasti ia berita yang mengecewakan Adamas selepas hanya seminggu lalu seorang penerjun wanita negara, yang memenangi pingat emas, dilaporkan gagal dalam ujian doping yang dijalankan semasa temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas.

Penerjun itu disahkan mengambil bahan terlarang jenis sibutramine, kandungan yang biasa terdapat dalam produk menurunkan berat badan. - BERNAMA