KUALA LUMPUR 12 Feb.- Pemain golf Paraguay, Fabrizio Zanotti dinobat sebagai juara baharu Kejohanan Maybank 2017 di Saujana Golf & Country Club, sebentar tadi.
Zanotti meraih kejuaraan kejohanan bernilai AS$3juta (RM13.31 juta) itu selepas mencatat sembilan bawah par 63 pada pusingan keempat bagi mengumpul 269 pukulan 19 di bawah par.
Zanotti memenangi kejohanan ini dengan perbezaan satu pukulan daripada pemain di kedudukan kedua, David Lipsky dari Amerika Syarikat.
Selaku juara, Zanotti membawa pulang AS$500,000 (RM2.2 juta). - UTUSANONLINE