Perlawanan kedua-dua veteran yang masing-masing memegang 19 gelaran juara kejohanan golf utama tersebut diajadualkan berlangsung di Lapangan Golf Shadow Creek di sini pada 23 November hadapan.

Pertandingan satu-satu lawan satu-satu itu boleh diikuti peminat golf melalui siaran berbayar oleh saluran stesen penyiaran acara sukan, ESPN.

“Ini peluang untuk kami membawakan sukan golf kepada orang ramai pada waktu perdana di ketika tiada acara menarik yang berlaku dalam acara ini,

”Melalui acara ini, peminat berpeluang menyaksikan sisi lain saya dan Woods melalui interaksi yang akan dapat didengari mereka melalui mikrofon yang dipasang pada kami,” kata Mickelson kepada ESPN hari ini.

Beliau menegaskan, keseluruhan hadiah perlawanan tersebut akan menjadi milik penuh pemenangnya.

“Jika tidak, pertandingan ini akan hilang serinya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Woods yang merupakan bekas pemain nombor satu dunia berehat daripada golf selama dua tahun sebelum ini kerana ekoran masalah tulang belakang.

Beliau kembali untuk bersaing dalam kejohanan golf utama pada awal tahun ini.

Pemain golf berusia 42 tahun itu berjaya meraih tempat kedua dalam Kejohanan PGA yang berlangsung awal bulan ini.

Manakala Mickelson yang berusia 48 tahun gagal meraih tenpat dalam kejohanan tersebut. - AFP