Bintang golf Amerika Syarikat (AS) itu mengalami kenaikan enam anak tangga untuk berada di ranking keenam dunia selepas mengungguli saingan di Augusta National menerusi kelebihan satu pukulan.

Kejayaan tersebut melengkapkan kebangkitan hebat Woods, 44, yang menamatkan kemarau 11 tahun tanpa kejuaraan utama sejak kali terakhir menjuarai Terbuka AS 2008.

Selepas menamatkan penantian panjang, Woods kini mempunyai satu lagi misi untuk dipenuhi iaitu kembali ke ranking No. 1 dunia.

Dia pernah menjadi pemain No. 1 selama 683 minggu di antara 1997 dan 2014, malah 281 minggu secara berturut-turut.

Woods juga pernah berada di luar ranking ke-1,000 dunia pada November 2017 ketika baru kembali daripada pembedahan belakang buat kali keempat, namun kini dia berjaya menempatkan diri dalam kalangan pemain terbaik di belakang Dustin Johnson, Justin Rose, Brooks Koepka, Rory McIlroy serta Justin Thomas.

Johnson merampas ranking No. 1 dunia daripada Rose selepas menamatkan cabaran Masters di tangga kedua manakala Rose terlepas cut buat kali pertama dalam kariernya pada kejohanan tersebut. - AFP

RANKING 10 TERBAIK DUNIA

=========================

1. Dustin Johnson (USA) 10.01 mata

2. Justin Rose (ENG) 9.20 mata

3. Brooks Koepka (USA) 8.96 mata

4. Rory McIlroy (NIR) 8.32 mata

5. Justin Thomas (USA) 8.04 mata

6. Tiger Woods (USA) 7.74 mata

7. Francesco Molinari (ITA) 7.43 mata

8. Bryson DeChambeau (USA) 7.24 mata

9. Xander Schauffele (USA) 6.56 mata

10. Rickie Fowler (USA) 6.00 mata