“Saya tidak banyak beraksi di dalam kejohanan antarabangsa dan saya menolak peluang untuk beraksi di Arab Saudi pada musim panas lepas.

“Saya hanya mahu mengehadkan perjalanan antarabangsa saya kepada jumlah paling minimum dan fokus kepada Jelajah PGA Amerika Syarikat sahaja,” katanya kepada pemberita menjelang aksi Terbuka Genesis.

Kejohanan di Arab Saudi merupakan aksi pertama Jelajah Eropah musim ini berjaya menarik empat pemain ranking lima terbaik dunia yang diketuai Justin Rose dari England.

Dustin Johnson berjaya kembali ke kedudukan ketiga dunia selepas menjuarai pertandingan yang berlangsung di Royal Greens Golf Club di Kota Ekonomi King Abdullah dengan mengatasi Li Haotong dari China dengan kelebihan dua pukulan.-AFP