SHUBHANKAR SHARMA
SHUBHANKAR SHARMA

Woods yang memegang rekod 24 kemenangan dalam perlawanan berpasukan akan mengetuai pasukan Amerika Syarikat manakala Els yang telah lapan kali beraksi dalam saingan berpasukan akan menjadi kapten bagi pasukan Antarabangsa.

Mereka berdua akan membawa pasukan masing-masing bersaing dalam aksi yang di jadual berlangsung pada 12 hingga 15 Disember tahun depan di Royal Melbourne, Australia.

Pengumuman tersebut dibuat di Bay Hill menjelang kejohanan Jemputan Arnold Palmer pada minggu ini.

Els dan Woods masing-masing sering bertemu dalam aksi Piala Presiden malah pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan yang diwakili mereka sentiasa berlangsung sengit.

Kali terakhir dua pemain itu bertemu ialah pada 2017, Woods dan Els masing-masing memainkan peranan sebagai pembantu kapten Piala Presiden 2017 yang menyaksikan pasukan Amerika Syarikat muncul juara dengan keputusan 19-11 di Liberty National di New Jersey.

“Tiger dan saya telah berdepan beberapa pertarungan sengit sebelum ini dan saya memandang ke hadapan untuk mendapat cabaran menentang kawan lama saya itu pada 2019,” kata Els.

Sementara itu, Woods dia tidak sabar untuk bertemu pencabarnya itu selaku kapten dan menjangkakan saingan akan berlangsung lebih sengit pada tahun depan.

Woods juga akan berusaha memimpin pasukan Amerika Syarikat dengan sebaiknya bagi mendapatkan keputusan yang membanggakan.

“Sebagai kapten pasukan pastinya saya akan cuba membuat keputusan yang terbaik buat pasukan.

“Dalam masa sama semua ahli pasukan harus memberikan kerjasama untuk mendapatkan keputusan terbaik,” kata Woods. – REUTERS