Mickelson bagaimanapun terpaksa meneruskan sehingga aksi playoff empat lubang yang menyaksikan dia mengesahkan kemenangan menerusi catatan birdie jarak dekat.

Berbanding Woods yang memiliki 14 kejuaraan utama, Mickleson yang memiliki lima kejuaraan utama berjaya me­raih kemenangan penting ke atas musuh tradisinya sejak sedekad lalu sambil mengakui Woods adalah pemain terbaik.

“Bagaimanapun, dapat berkongsi pandangan mengenai masa depan sangat bermakna buat saya kerana sebelum ini kami tidak berkesempatan.

“Dia tetap pemain terbaik sepanjang zaman,” katanya selepas perlawanan di Shadow Creek Golf Club.

Acara yang pertama kali diadakan secara berbayar di Las Vegas itu menyaksikan kedua-dua pemain beraksi ceria de­ngan wang kemenangan yang diperoleh itu disalurkan kepada badan amal pilihan Mickleson.

“Saya tidak mahu perlawanan ini berakhir pada lubang 17,” kata Woods yang hanya mendahului saingan selepas melakukan birdie di lubang 12 sebelum kedua-dua kembali terikat di lubang 13.

Woods berjaya menyamakan kedudukan di lubang 17 dan lubang 18 Mickelson berpeluang untuk meraih kejuaraan namun gagal melakukan putt dengan baik.

Kedua-dua pemain masih lagi terikat sehingga memaksa mereka kembali ke lubang 18 bagi saingan playoff sebelum ia memaksa petugas melakukan pengubahsuaian pada lubang berkenaan.

“Beraksi seperti ini menyebabkan saya tidak pernah terfikir kami harus melalui saing­an sehingga ke playoff. Saya sangat berdebar kerana sudah tidak tahan apabila perlawanan terus berlanjutan,” kata Mickelson. – REUTERS