Pemain berusia 34 tahun itu mencatat 61 pukulan, 11 bawah par di pusingan kedua, sekali gus mengatasi catatan 62 pukulan dilakukan Scott Piercy dari Australia pada kejohanan sama bagi edisi 2015.

Keputusan itu menyaksikan dia kini berkongsi kedudukan pendahulu bersama Marc Leishmen dari Australia selepas mengumpul 130 pukulan, 14 di bawah par secara keseluruhan.

“Jelas sekali lapangan ini sesuai untuk mencatat keputusan rendah, jadi saya perlu kekal agresif sepanjang baki dua hari lagi bagi mencerahkan laluan kejuaraan.

“Kekalkan corak permainan sama, letakkan bola di kawasan fairway dan lakukan putt dengan baik, selain berharap semuanya berjalan dengan baik hujung minggu ini,” katanya yang merupakan naib juara edisi 2014. - UTUSAN ONLINE