Empat pemain tersebut beraksi cemerlang di Augusta National selepas masing-masing mengumpul 140 pukulan, empat di bawah par walaupun terpaksa bermain dalam angin kencang manakala pemain No.2 dunia Rory McIlroy, juara Olimpik, Justin Rose dan bekas-bekas pemenang Masters iaitu Adam Scott, Phil Mickelson dan Jordan Spieth ketinggalan lima pukulan.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 44 tahun Masters mempunyai begitu ramai pemain berkongsi kedudukan teratas.

Garcia yang memulakan persaingan hari kedua de­ngan tiga birdie berkata dia amat teruja untuk memastikan permainannya terus konsisten.

“Ini mungkin permainan terbaik saya selepas dua pusingan di Augusta.

“Saya berharap dapat mengatasi mereka dan mampu untuk berada di sana pada Ahad (hari ter­akhir) dengan peluang yang baik untuk menang,” katanya.

Sementara itu, permulaan yang tidak begitu baik pada hari kedua menjadi salah satu punca Willet gagal melepasi cut.

Willet melakukan 78 pukulan pada hari kedua dengan tiga bogey untuk menjadi penyandang juara pertama gagal melepasi cut sejak Mike Weir mengalaminya pada 2004.

Menurutnya, keputusan yang diraih itu amat mengecewakannya.

“Kami telah mengharungi dua tahun yang menakjubkan.

“Selepas meraih banyak kejayaan sebelum ini dan tiba-tiba anda berdepan keputusan sebegini, se­perti dunia akan berakhir,” katanya.

Walaupun tersingkir namun Willet tetap akan ha­dir pada hari terakhir untuk menyarungkan jaket hijau kepada juara Masters yang baharu. – AGENSI