Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Willett akhirnya tunjuk ‘taring’

AKSI Danny Willett ketika beraksi pada pusingan ketiga Kejohanan
AKSI Danny Willett ketika beraksi pada pusingan ketiga Kejohanan Maybank Malaysia di Saujana Golf & Country Club, Subang semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Juara Masters 2016, Danny Willett mula mempamerkan taringnya di Saujana Golf & Country Club apabila mendahului pusingan ketiga Kejohanan Maybank Malaysia 2017 dengan kelebihan tiga pukulan setakat hari ini.

Willett yang bermula di lubang pertama berjaya melakukan enam birdie pada pusingan ketiga bagi mencatat lima di bawah par 67 sekali gus mengumpul 200 pukulan keseluruhan 16 di bawah par selepas tiga hari kejohanan.

Jaguh England itu juga mengetepikan cabaran sengit pemain Amerika Syarikat, David Lipsky yang berada di tempat kedua dengan tiga pukulan di belakang selepas mencatat empat bawah par 68 bagi mengumpul 203 pukulan keseluruhan, 13 bawah par manakala Alexander Levy dari Itali di kedudukan ketiga dengan 204 pukulan, 12 bawah par.

Kata Willett, 29, tiupan angin yang baik pada keseluruhan aksi hari ini membolehkan bola pukulannya berada di tempat yang diingini biarpun sedikit terganggu ketika aksi lubang terakhir akibat sukar membaca kelajuan angin.

“Pada pukulan kedua di lubang 18 saya sukar untuk membaca jarak dengan baik hingga menyebabkan bola tersasar terlalu jauh dari kawasan green namun tetap berpuas hati apabila dapat melakukan birdie.

“Kadang-kala apabila anda cuba untuk melakukan pukulan bagi meletakkan bola di kawasan sepatutnya angin akan menjadi penghalang namun semua itu dapat diatasi dengan menukar kepada club lain.

“Buat masa ini biarpun catatan saya baik pada pusingan ketiga namun secara jujurnya saya tidak pasti sama ada mampu untuk memenangi kejohanan ini kerana semuanya bergantung kepada persembahan anda esok,” katanya kepada pemberita selepas tamat aksi pusingan ketiga di sini, hari ini.

Sementara itu, pendahulu hari kedua kejohanan, Bernd Wiesberger dari Austria sukar mengekalkan aksi cemerlang apabila menamatkan saingan di tempat keempat selepas mencatat satu atas par 73 untuk mengumpul 205 pukulan keseluruhan, 11 di bawah par.

Dalam pada itu bekas pemain No. 1 dunia, Lee Westwood dari England hanya mampu mengumpul 209 pukulan keseluruhan, tujuh bawah par selepas aksi pusingan ketiga untuk berada di tempat ke-16.

Pendahulu pusingan pertama, Marc Warren dari Scotland beraksi kurang baik pada pusingan ketiga apabila melakukan catatan par untuk mengumpul 210 pukulan keseluruhan enam di bawah par bagi berada di tempat ke-23. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain