Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wiesberger pendahulu baharu Maybank Malaysia

BERND WIESBERGER mendahului pusingan kedua Kejohanan Maybank Malaysia
BERND WIESBERGER mendahului pusingan kedua Kejohanan Maybank Malaysia di Saujana Golf & Country Club, hari ini. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Sembilan birdie berturut-turut dilakukan pemenang tiga kali Jelajah Eropah, Bernd Wiesberger dari Austria membolehkannya muncul pendahulu pusingan kedua Kejohanan Maybank Malaysia 2017 di Saujana Golf & Country Club, hari ini.

Wiesberger, 31, yang bermula di lubang pertama beraksi cemerlang apabila menamatkan pusingan kedua dengan catatan sembilan bawah par 63, sekali gus mengumpul 132 pukulan keseluruhan, 12 di bawah par.

Dia mengetepikan cabaran sengit jaguh England, Danny Willett yang mengekori di tempat kedua dengan satu pukulan di belakang. Willet menutup hari kedua kejohanan dengan catatan lima bawah par 67.

David Lipsky dari Amerika Syarikat dan pemain Perancis, Mike Lorenzo Vera masing-masing terikat di tangga ketiga dengan 135 pukulan, sembilan bawah par.

Kata Wiesberger, berjaya meraih keputusan positif dalam pemampilan pertamanya di Saujana Golf & Country Club membuatkannya lebih bersemangat untuk menghadapi pusingan 
ketiga esok.

“Hari ini hampir semua pukulan saya menjadi, malah dapat meletakkan bola di tempat yang diiginkan biarpun mendapat bogey pada lubang keempat sebelum mula meraih 
birdie pada lubang ketujuh.

“Malah sepanjang aksi hari ini semua peralatan iaitu driver, iron dan putter saya berfungsi dengan baik bagi membolehkan saya meraih keputusan seperti hari ini.

“Kini saya bertambah yakin untuk harungi hari ketiga dan berharap dapat beraksi dengan baik esok,” katanya kepada pemberita selepas tamat pusingan kedua 
di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain