Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Warren pendahulu, Arie beri saingan

 Arie Irawan
Arie Irawan

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Jaguh Scotland, Marc Warren menamatkan pusingan pertama Kejohanan Maybank 2017 dengan 63 pukulan, sembilan di bawah par untuk muncul selaku pendahulu di Saujana Golf & Country Club, hari ini.

Namun, catatan itu dicabar hebat beberapa pemain termasuk Phachara Khongwatmai dari Thailand yang ketinggalan hanya dua pukulan.

Warren gembira kerana keadaan cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkannya melakukan beberapa pukulan dengan baik.

“Pukulan tee saya juga konsisten sepanjang 18 lubang malah dapat mengawal kelajuan bola di atas green dengan baik.

“Bagaimanapun di lubang 18 saya berdepan sedikit kesukaran kerana bola tidak berada di tempat yang diinginkan.

“Diharap esok saya dapat mengekalkan persembahan sebegini terutama apabila anda bermain di waktu te­ngah hari,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan pusingannya.

Selain berjaya melakukan satu eagle, Warren turut membenam tujuh birdie di lubang satu, tiga, empat, enam, 12, 14 dan 17.

Hari pertama kejohanan juga menyaksikan wakil negara Arie Ahmad Irawan Fauzi meraih keputusan cemerlang apabila berada di tempat ketiga selepas melakukan 66 pukulan, enam di bawah par.

Pemain negara itu melakukan lima birdie berturut-turut dan lebih membanggakan apabila tidak melakukan bogey untuk ketinggalan satu pukulan di belakang Phachara yang melakukan 65 pukulan. Berkongsi kedudukan ketiga bersama Arie adalah pemenang Kejohanan Master tahun lalu Danny Willett.

“Saya lebih banyak bersabar dan melakukan keputusan yang tepat. Ini banyak membantu saya ketika melakukan birdie. Sebab itulah saya dapat raih lima birdie berturut-turut dan satu lagi di lubang empat,” katanya.

Arie yang bermula di lubang ke-10, melakukan birdie di lubang 15, 16, 17, 18 dan satu sebelum melakukan satu lagi birdie di lubang empat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain