Pemain berusia 29 tahun dari Amerika Syarikat itu melakukan birdie di lubang terakhir untuk catatan sembilan birdie bagi meraih lapan di bawah par sebelum permainan di TPC Summerlin di Las Vegas, dihentikan kerana cuaca gelap.

Seth Reeves berada di kedudukan kedua dengan 64 pukulan, tujuh di bawah par sebelum siren dibunyikan sebagai tanda perlawanan ditangguhkan.

Harold Varner dan Robert Streb yang masing-masing mencatatkan 65 pukulan ketinggalan dua pukulan di belakang Uihlein.

Juara tiga kali kejohanan utama, Spieth juga berada dalam senarai perebutan kejuaraan selepas melakar 66 pukulan, lima di bawah par untuk berkongsi kedudukan kelima bersama enam lagi peserta.

“Keadaan semakin sengit dan saya dapat rasakan saya mampu berada di kedudukan yang saya mahukan.

“Seperti hari ini, keadaan sangat baik untuk saya terus mencatat keputusan lebih baik. Saya tahu cara untuk kekal seperti ini.

“Sekiranya catatan seperti hari ini kekal untuk baki tiga pusingan, ia sudah memadai (untuk menang),” katanya yang kali terakhir muncul juara di Terbuka Britain 2017. – AFP