Bekas pemain No.1 dunia dari Amerika Syarikat itu meraih gelaran berkenaan selepas berehat lebih dua tahun dan menamatkan aksi selaku pemenang apabila mencatat satu atas par 71 dan itu juga kemenangan ke-80 dalam kariernya.

“Saya mempunyai masa yang sukar di lubang terakhir terutama apabila menahan untuk tidak menangis.

“Selepas memasukkan bola ke dalam lubang saya sukar menahan perasaan ini,” kata Woods. - AGENSI