Spieth muncul pemain kedua termuda selepas Tiger Woods berjaya menjuarai kejohanan tersebut pada usia 23 tahun, enam bulan.

Pemenang dua gelaran utama yang juga pemain No. 6 dunia itu mencatat dua bawah par 70 pada hari terakhir, sekali gus mengumpul 268 pukulan keseluruhan, 19 bawah par.

Rakan senegaranya, Kelly Kraft yang menamatkan saingan dengan 67 pukulan menduduki tangga kedua.

Dua lagi pemain AS, Dustin Johnson dan Brandt Snedeker masing-masing berada di tangga ketiga serta keempat. Johnson mengumpul 273 pukulan, 14 bawah par manakala Snedeker dengan 274 pukulan.

Pemain No. 1 dunia, Jason Day dari Australia menamatkan pusingan akhir dengan 67 pukulan untuk berada di tempat kelima.

“Menjuarai kejohanan ini adalah salah satu impian saya dan saya gembira berjaya mencapainya.

“Saya telah melakukan segala yang termampu untuk mendapatkan keputusan seperti hari ini,” kata Spieth. – AGENSI