Kesemua mereka mencatatkan 65 pukulan, lima di bawah par untuk mendahului saingan dengan kelebihan satu pukulan mengatasi Paul Casey dan Charl Schwartzel dalam aksi yang berlangsung di Royal Birkdale.

Para pemain sedikit bergelut dengan keadaan cuaca tidak menentu termasuk angin dari Laut Irish pada awal pagi sekali gus menyukarkan mereka merekodkan catatan yang lebih baik.

“Apa yang saya lakukan hari ini belum cukup baik kerana keadaan begitu mencabar tetapi saya akan menjadi lebih konsisten,” kata Spieth. - AFP