Aksi cemerlang pemain dari Amerika Syarikat (AS) itu menyaksikannya melakukan lebih empat pukulan berbanding rakan senegara, Ryan Moore dan John Oda dalam saingan yang berlangsung di Sedgefield Country Club Snedeker (2007) dan Moore (2009) masing-masing yang melakar kemenangan pertama Jelajah PGA di Wyndham.

“Lapan belas sehingga 24 bawah par nampaknya catatan yang sering membawa kemenangan di sini pada setiap tahun. Jadi saya perlu melakukan lebih banyak birdie jika mahu bersaing pada Ahad.

“Apapun, ketika ini saya mendahului dengan selesa,” katanya.

Snedeker pada permulaan lubang pertama agak hambar apabila melakukan bogey tetapi dia bangkit dengan aksi cemerlang dengan catatan eagle dan 10 birdie. – AFP