Sharma, 21 tahun, meraih kejuaraan kejohanan bernilai A$3 juta (RM11.66 juta) itu selepas mencatat 62 pukulan 10 di bawah par dalam pusingan keempat bagi mengumpul 267 pukulan keseluruhan.

Selaku juara Sharma membawa pulang AS$500,000 (RM1.9 juta).

Ini juga adalah gelaran kedua dalam Jelajah Eropah yang pernah dimenangi Sharma selepas Terbuka Joburg pada tahun lalu. - UTUSAN ONLINE