Apa yang menarik di TPCC? Jika anda ingin tahu, langkahkan kaki anda ke TPCC dan rasai sendiri pengalaman manis mahupun sebaliknya yang akan anda sematkan dalam memori sampai hujung waktu hidup anda.

TPCC memang terserlah dengan keunikannya yang tersendiri. Masih tersimpan rapi hutan semula jadi yang menghijau bersama bukit batu kapur yang dikenali sebagai Bukit Takun. Lapangan dan green yang dihampar dengan rumput jenis

Satiri Superdwarf - hasil kacukan bersilang antara spesies Cynodon dactylon dengan Cynodon transvaalensis, meletakkan TPCC sebagai kelab golf yang harus anda kunjungi.

Bermula dari tee box satu hingga ke lubang 18, mata anda tidak akan terlepas dari pandangan Bukit Takun yang megah berdiri, seolah-olah sentiasa mengekori anda. Keindahan pemandangan lebih diwarnai dengan pancutan air di tengah-tengah kolam yang harus anda lepasinya tatkala melakukan tee-off di lubang sembilan dan 18.

Kolam dan bunker ada lumrah sebagai perangkap dalam permainan golf. Tetapi jika bola anda masuk ke dalam bunker di TPCC, awas! Tidak mudah untuk anda mengeluarkan bola dari bunker tersebut kerana pasirnya cukup halus dan lembut.

TPCC yang dibina di kawasan bekas lombong hasil sentuhan bekas pemain golf profesional Jepun, Jumbo Ozaki dan diwajahbaharukan sedikit oleh arkitek Kentaro Sato, mempunyai gabungan rupa bumi yang rata dan beralun.

Panjangnya berukuran 6,725 ela dari tee box biru dan 7,143 ela dari tee box hitam, pastinya menguji kekuatan pukulan tee off anda. Jika bola golf anda tersasar ke dalam rough, tidak perlulah anda bercita-cita tinggi untuk memukulnya hingga sampai terus ke green kerana ia akan mengundang padah kerana roughnya agak kasar.

Dengan kelajuan 10.5 stimpmeter di green yang permukaannya beralun, menyukarkan anda untuk mencipta par apatah lagi birdie jika tidak berhati-hati melakukan putt. Sewaktu di green, anda perlu percaya kepada kedi yang sebahagiannya berpengalaman dan agak mahir menunjukkan line, sekali gus membantu anda melakukan putt.

TPCC juga seperti kelab-kelab tersohor yang lain, turut menjadi lokasi pilihan beberapa kejohanan besar antaranya

Bridgestone Asean Amateur 2018, Carlsberg Golf Classic, Kejohanan PGM dan banyak lagi selain pernah menjadi tuan rumah Terbuka Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1995, 1996 dan 2000.

Hasil pencapaian ini, tidak mustahillah TPCC pernah dipilih sebagai Padang Golf Terbaik oleh ParGolf, antara tiga kelab teratas di Malaysia oleh Golf Magazine Malaysia dan pilihan kelab terbaik oleh Persatuan Pelancongan Golf Malaysia (MGTA) serta rakan kongsi pengasas The ClubHouse Junior Golf Rankings yang dipersembahkan oleh Titleist.

Dengan semua pencapaian ini, anda harus berbangga jika anda dapat bermain golf di TPCC. Percayalah jika sekali anda bermain di TPCC, pasti anda ingin hendak lagi. Jadi, datanglah ke TPCC dan rasailah sendiri kelainan dan kelebihan yang ada di sini.

Jika anda tinggal di berhampiran kota raya Kuala Lumpur, hanya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke sini. Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, hanya 45 minit pemanduan jika melalui lebuh raya Kuala Lumpur-Rawang.

HABIS

--------------------------------

INFO GRAFIK 1

HARGA 18 LUBANG

Ahli RM79.50

Bukan Ahli RM200.00

(Termasuk green fee, buggy dan insurans)

Kedi RM63.60

PAGI HARI MINGGU (Minimum 20 orang)

Ahli RM90.10

Tetamu Ahli RM344.50

Pelawat RM450.50

(Termasuk green fee, satu buggy, seorang kedi, insurans dan dua baucar makan)

PETANG HARI MINGGU (Minimum 20 orang)

Ahli RM90.10

Bukan Ahli RM344.50

(Termasuk green fee, satu buggy, seorang kedi, insurans dan 2 baucar makan)

DRIVING RANGE (LAPANG SASAR)

Ahli 50 biji bola RM7.00

100 biji bola RM10.00

Tetamu 50 biji bola RM10.00

100 biji bola RM15.00

WAKTU OPERASI

Hari Biasa Pukul 7.00 pagi – 7.00 petang

Hari Minggu Pukul 6.30 pagi – 7.00 petang

---------------------------

INFO GRAFIK 2

FASALITI

- 18 lubang padang golf bertaraf antarabangsa

- Buggy

- Lapang sasar dan tempat latihan (green dan bunker)

- Akademi Golf

- Bilik persalinan

- Jakuzi dan Sauna (panas dan dingin)

- Pro Shop

- Surau

- Restoran & Bar – masakan Jepun, Barat dan tempatan

- Bilik mesyuarat dan seminar

Templer Park Country Club

KM21, Jalan Rawang

48000 Rawang, Selangor.

Tel: +603-6091 9111 / 6091 9731

Faks: +603-6091 9807

E-mel: [email protected] / [email protected]

Website: www.tpcc.com.my