Schauffele yang sentiasa beraksi baik sejak bersaing dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2017, menamatkan saingan dengan keseluruhan 14 bawah par 266 untuk mengatasi rakan senegara dari AS, Robert Streb yang berjaya melakukan 69 pada pusingan keempat.

“Sukar untuk saya berkata-kata, Ini mengubah hidup saya. Saya perlukan masa untuk menerimanya,” kata Schauffele.

Pemain berusia 23 tahun itu menamatkan permainan dengan baik, mencipta birdie dalam dua daripada tiga lubang terakhir di lapangan The Old White dekat White Sulphur Springs, West Virginia. - AFP