Kemenangan kelmarin adalah yang ke-10 dalam senarai kejohanan antarabangsa dimenanginya dan yang pertama melibatkan kejohanan elit.

Dia membenam empat birdie dan dua bogey untuk menghabiskan saingan 16 bawah 272 pukulan.

Rose bagaimanapun terpaksa menunggu hingga ke akhir permainan untuk memintas Watson yang memulakan permainan hari terakhir dengan tiga pukulan untuk mendahului sebelum dipintas.

Watson sebenarnya berpeluang untuk mengheret permainan ke saingan playoff selepas membenam birdie pada lubang 72, namun dia gagal melakukan putt.

Watson akhirnya terpaksa berpuas hati menamatkan saingan 74 untuk keseluruhan 273 pukulan, kelebihan satu pukulan di depan Rory McIlroy.

Dalam pada itu, Woods menggamatkan kejohanan apabila menarik diri daripada meneruskan permainannya selepas mengadu sakit tendon.

Kecederaannya itu berlaku pada tempat yang sama iaitu semasa bersaing dalam Kejohanan Masters, tahun lalu sehingga diketepikan daripada menyertai Terbuka AS dan Terbuka Britain. - AFP