Bintang Britain itu muncul juara di Terbuka Houston selepas menang aksi playoff menentang pemain berusia 23 tahum Beau Hossler.

Poulter melakukan birdie di lubang ke-18 untuk terikat di kedudukan teratas dengan 19 di bawah par secara keseluruhan menerusi catatan 67 pukulan pada pusingan terakhir.

Kegagalan mengatasi tekanan semasa beraksi, Hossler akhirnya tewas selepas gagal menampilkan aksi cemerlang pada aksi ulangan di lubang ke-18.

Selepas pukulan pertamanya memasuki bunker, pukulan keduanya agak baik namun bola memasuki air pada pukulan ketiga.

Poulter berjaya beraksi dengan baik untuk merangkul kejuaraan pertamanya di Amerika Syarikat (AS).

Kejayaan itu menyaksikan dia akan beraksi di Augusta yang akan bermula Khamis ini.

“Saya rasa sangat luar biasa, saya akan mengekalkan rentak permaian seperti ini untuk aksi Masters,” kata Poulter.-AGENSI