Pemain berusia 41 tahun itu mencatatkan 64 pukulan, lapan di bawah par dalam aksi hari ini untuk mengumpul 195 pukulan, 21 di bawah par berkelebihan empat pukulan mengatasi pencabar terdekat, Xander Schauffele dari Australia di kedudukan kedua yang meraih 199 pukulan, 17 di bawah par secara keseluruhan.

Catatan satu bogey di lubang ke-13 tidak menghalang kecemerlangan Perez untuk melakukan sembilan birdie bagi mencerahkan laluan merangkul kejuaraan pertamanya di sini.

Pemain Korea Selatan, Sung Kang berada di kedudukan ketiga dan berpeluang untuk mencabar kejuaraan edisi kali ini selepas melakukan 65 pukulan, tujuh di bawah par untuk mengumpul 200 pukulan, 16 di bawah par secara keseluruhan.

Sementara itu, peluang Justin Thomas untuk melakukan three-peat (tiga kejuaraan berturut-turut) sudah tertutup selepas merekodkan 69 pukulan, tiga di bawah par dalam aksi hari ketiga untuk mengumpul 210 pukulan, enam di bawah par secara keseluruhan bagi berkongsi kedudukan ke-24. - UTUSAN MALAYSIA