Lebih manis gelaran itu juga membolehkan Joshua muncul sebagai pemain ketiga dari Singapura yang berupaya meng­ungguli kejohanan tersebut sejak 1988.

Kejohanan yang berlangsung pada 2 hingga 4 Mei itu me­nyaksikan Joshua mencatat 68 pukulan, empat di bawah par pada hari terakhir di Saujana Golf & Country Club. Pemain itu berupaya mengekalkan penguasaan sejak hari pertama apabila melakukan 70 pukulan, dua di bawah par dan diikuti dengan 69 pukulan, tiga di bawah par pada hari kedua.

“Keyakinan saya bertambah baik untuk kekal sebagai pendahulu selepas beberapa pencabar saya mula mempamerkan aksi sebenar mereka bagi memberikan saingan sengit.

“Dalam masa sama driver dan iron saya semuanya berfungsi dengan baik dalam kejohanan ini.

“Saya berpendapat keyakinan saya berada pada tahap terbaik selepas meraih tempat ketiga dalam Amatur Sarawak pada minggu lepas,” kata Joshua.

Johsua dicabar hebat oleh pemain dari Australia, Connor McKinney serta dua pemain Thailand, Sadom Kaewkanjana dan Kosuke Hamamoto.

Sadom Kaewkanjana menamatkan kejohanan dengan 209 pukulan keseluruhan untuk berada di anak tangga kedua manakala rakan senegaranya Kosuke Hamamoto di tempat ketiga dengan 210 pukulan. McKinney pula menamatkan persaingan dengan berada di tempat keempat dengan 213 pukulan.

Dua pemain negara, Muhammad Alfif dan Shakiran Johari masing-masing muncul sebagai terbaik Malaysia selepas menamatkan aksi di kedudukan kesembilan dengan 220 pukulan.