Pengerusi jawatankuasa penganjur kejohanan, Datuk Yasmin Yusuff berkata, selain dua hadiah itu, pemenang hole-in-one kejohanan yang akan diadakan di padang timur RSGC itu juga akan menerima sepasang subang berlian buatan Mouawad bernilaiRM38,500.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja atas kemurahan hati mereka menyumbang hadiah yang amat istimewa itu.

Memandangkan hadiah hole-in-one hanya dimenangi dua kali sejak 43tahun lepas, maka saya harap keadaan kali ini akan sungguh meriah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yasmin berkata, setakat ini, 65 peserta dari beberapa negara Asia iaitu India, Jepun, Vietnam, Brunei dan Indonesia telah mendaftarkan diri, manakala tarikh tutup pendaftaran yang pada mulanya ditetapkan esok, dilanjutkan hingga Ahad ini berikutan sambutan hebat yang diterima daripada pemain luar negara.

Beliau juga menyatakan bahawa juara bertahan, Loy Hee Ying dan Nur Durriyah Damian, yang akan mewakili Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos ini, mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan tiga hari itu.

"Pemain dariFilipina, yang merupakan peserta regular kami, memilih untuk bermain pada kejohanan Jelajah Amerika Syarikat pada tahun ini, tetapi kami yakin kejohanan ini tetap akan menarik minat lebih banyak pemain antarabangsa kerana terdapat begitu banyak hadiah menarik yang ditawarkan seperti Ipad dan Iphone tajaan Seng Heng serta kamera DSLR oleh Canon Malaysia," katanya.

Yasmin berkata, empat trofi menjadi rebutan pada kejohanan tahunan ini - Trofi Tuanku Bahiyah (skor kasar bagi 54 lubang), Trofi Toh Puan Norashikin (skor bersih bagi 36 lubang pertama), Piala Datin Azian (skor kasar pasukan bagi 36 lubang pertama) dan Piala Clarissa Lee bagi skor bersih pasukan untuk 36 lubang pertama.

Menurut beliau, yuran penyertaan ialah RM600 bagi setiap pemain, tetapi penganjur memutuskan untuk memberi diskaun 50 peratus kepada pemain junior dari Persatuan Golf Wanita Malaysia (Malga) dan Persatuan Golf Malaysia (MGA). - BERNAMA