Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Media Malaysia, Singapura meriahkan kejohanan golf di Horizon

PEMAIN dari pelbagai pertubuhan media dari Malaysia dan Singapura
PEMAIN dari pelbagai pertubuhan media dari Malaysia dan Singapura bergambar sebelum Kejohanan Horizon Hill Media Golf 2017 di Kelab Golf Horizon, Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 11 Mei – Lebih 100 pemain dari pelbagai pertubuhan media dari Malaysia dan Singapura menyertai Kejohanan Horizon Hill Media Golf 2017 yang berlangsung di Kelab Golf Horizon di sini baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Kelab Golf Horizon itu yang diadakan setiap tahun bertujuan meraikan sumbangan media yang sering memberi kerjasama kepada kelab golf tersebut sehingga mendapat publisiti meluas, sekali gus meletakkan kelab golf tersebut di tangga tersohor berbanding kelab-kelab golf yang lain di negeri itu.

Selain itu, penganjuran kejohanan tersebut lebih kepada mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan kelab dengan seluruh warga media tempatan dan juga Singapura.

Pelbagai hadiah menarik diberikan kepada pemenang selain hadiah cabutan bertuah kepada pemain yang gagal mendapat tempat di 10 kedudukan terbaik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain