Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mcllroy idam gelaran Masters 2017

RORY McIlroy berada dalam senarai calon pemenang anugerah Pemain
RORY McIlroy berada dalam senarai calon pemenang anugerah Pemain Terbaik PGA. - REUTERS

UNITED KINGDOM 25 Feb. - Rory Mcllroy memberitahu bahawa sasaran utamanya pada tahun 2017 adalah untuk memenangi Kejohanan Masters dalam masa sama bakal kembali beraksi pada bulan depan pada WGC di Mexico selepas pulih daripada kecederaan.

Pemain golf No.3 dunia itu baharu pulih daripada kecederaan rusuk dan tidak bermain sejak tewas pada aksi play-off Terbuka Afrika Selatan, Januari lalu.

“Saya masih ada kejohanan yang perlu dihadapi di Augusta dan ia akan menjadi pertandingan terbesar saya tahun ini.

“Itu adalah sasaran utama saya dan akan teruskan hingga saya berjaya memenanginya,” kata Mcllroy.

Pencapaian terbaik warga Ireland Utara itu pada Kejohanan Masters di Augusta ialah meraih tempat keempat pada 2015 dan akan kembali menyertainya April ini dengan keyakinan lebih tinggi.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk katakan itu (Kejohanan Masters) adalah kejohanan besar yang belum saya memenanginya.

“Saya juga berasa amat bagus untuk menyertainya dalam masa sama tidak kisah menghadapi segala cabaran yang ada,” kata Mcllroy.

Pemain berusia 27 tahun itu telah memenangi empat kejohanan besar sejak menjuarai Kejohanan US PGA pada 2014 namun belum lagi menyarung jaket hijau. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain