Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

McIlroy terpaksa berehat sehingga Mac

Rory Mcllroy
Rory Mcllroy

LONDON 25 Jan. - Kecederaan yang dialami bekas pemain golf No.1 dunia, Rory Mcllroy menyebabkannya terpaksa berehat sehingga bulan depan dan dijangka kembali beraksi pada kejohanan di Mexico, 2 Mac ini.

Pemain nombor dua itu ketika ini bergelut dengan kecederaan rusuk yang dialami ketika aksi Terbuka Afrika Selatan pada bulan ini.

Malah pemain itu juga terlepas Kejohanan Abu Dhabi pada Isnin serta Dubai Desert Classic yang dijadual berlangsung minggu depan.

Kini McIlroy meletakkan sasaran untuk kembali beraksi pada Kejohanan WGC Mexico pada 2 Mac ini iaitu lebih enam minggu selepas kecederaan rusuk yang dialami pada 13 Januari lalu.

“Saya cuba untuk kembali pada kejohanan di Mexico.

“Itu adalah tempoh masa untuk saya kembali beraksi dan mungkin saya boleh beraksi sebelum kejohanan itu juga.

“Bagaimanapun saya berpendapat kejohanan yang paling sesuai adalah Mexico kerana kejohanan tersebut berlangsung empat pusingan tiada cut.

“Malah menerusi kejohanan tersebut saya boleh merasai segalanya dan mempunyai seminggu untuk membuat persediaan sekiranya pulih awal.

“Saya juga lebih yakin beraksi pada kejohanan di Mexico berbanding kejohanan sebelum itu dan diharap semuanya berjalan lancar seperti dirancang,” kata McIlroy. - REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain